Islamic Widget

Selasa, 14 Jun 2011

Bapa kandung boleh MEWALIKAN anak yang tidak sah taraf kelahirannya???

Kebelakangan ini pelbagai rona cerita yang tercoret dalam laporan buku Penolong Pendaftar Nikah, Cerai & Ruju’. Ada kes ini, ada kes itu, macam-macam yang terjadi. Dalam hal ini, apa yang paling membimbangkan adalah dikalangan remaja terutama bagi perkahwinan anak-anak yang tidak sah taraf kelahiran diwalikan oleh bapa kandung sendiri. Ada beberapa situasi yang kita lihat di sini, antaranya ialah situasi (1) Ibubapa membuat pengakuan dan baru bersetuju untuk menghantar sijil nikah mereka setelah pernikahan anak perempuan yang sulung sudah melangsungkan pernikahan selepas 2 hari yang lalu. Alangkah terpinga jurunikah mencari punca dan menyelidik tarikh kelahiran anak perempuan tersebut sangat dekat dengan tarikh nikah kedua ibubapa (anak perempuan) itu. Situasi (2) Bakal suami kepada anak perempuan menghantar permohonan nikah kepada jabatan agama sehari sebelum tarikh pernikahan mereka dengan alasan ibubapa perempuan lambat memberikan salinan sijil nikah mereka untuk rujukan jabatan agama. Setelah dikenalpasti tarikh nikah ibubapa perempuan tersebut juga bernikah 3 bulan sebelum tarikh kelahiran anak perempuan sulung mereka. Sudah pasti jabatan agama tidak akan membenarkan bapa perempuan tersebut mewalikan anak perempuan mereka. Namun begitu, ibubapa perempuan tersebut datang ke pejabat pada hari yang sama dan merayu untuk dapat mewalikan anak mereka dengan alasaan bahawa sepatutnya tarikh nikah mereka adalah lebih awal  daripada apa yang didaftarkan.

Bila kita lihat 2 contoh situasi di atas adalah amat tidak relevan pada masa sekarang ini kerana sepatutnya jabatan agama sudah banyak usaha untuk membuatkan masyarakat masa kini terutama dikalangan remaja supaya mendapatkan ilmu pengetahuan berkenaan perkahwinan. Disamping itu, kerajaan juga sudah mewajibkan kursus-kursus pra perkahwinan kepada ramaja yang ingin melangsungka perkahwinan. Apa yang lebih menyedihkan bahawa apabila ada golongan ibubapa yang alim tentang hukum munakahat juga hanya memandang remeh tentang konsep wali.

Kita renung-renungkan bersama apa itu maksud WALI dalam perkahwinan. Mengikut undang-undang Islam wali adalah orang yang berhak untuk melaksanakan urusan orang lain. Ulama pula mendefinisikan bahawa wali ialah melaksanakan sesuatu untuk ucapan orang lain, sama ada bersetuju atau tidak bersetuju atas sesuatu perkara, termasuk juga di sini perwalian secara paksa (ijbar). Dalam surah al-baqarah ayat 282 ada menerangkan apa itu wali.  Jadi jelaslah bahawa apa yang dimaksudkan dengan wali dalam perkahwinan ialah Orang yang melangsungkan urusan seseorang wanita untuk melakukan perkahwinan dengan seorang lelaki. Ketiadaan wali ini di dalam perkahwinan, maka tidak sahlah perkahwinan tersebut. Maka, dalam konteks mewalikan anak yang tidak sah taraf kelahirannya juga adalah tidak sah kerana wali itu adalah wali yang bernikah dengan ibu kepada perempuan tersebut sebelum 9 bulan dalam kandungan.

Dalam hal ini, siapa yang harus dipersalahkan? Jurunikah, Pen. Pendaftar, Ibubapa atau zuriat yang bakal bernikah? Renungkan.

Wallahu’alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan