Aku dan rakan melihat dan membuat kajian di bawah jambatan itu. Tidak ku sangka terdapat PTI (pendatang tanpa izin) yang ramai sedang bermain bersama anak mereka. Mulanya mereka ingin bersembunyi melihat aku dan rakan-rakanku yang sedang menuju ke arah mereka. Aku cuba untuk memujuk mereka, “kami bukan penguatkuasa, kami sekadar membuat kajian. Mereka pun mengerti. Kami mulakan topik dengan persoalan, “Mengapa memilih tempat ini untuk berteduh? Bukankah sepatutnya kamu ada Negara sendiri?”
Mereka memulakan cerita panjang tanpa kami ajukan soalan yang lain. “Malaysia ini sebuah Negara yang amat selamat (Alhamdulillah, bisik hatiku). Kami amat menyukainya di Negara kami, kami amat tertindas. Sememangnya di Negara kami, tanah direbut, yang kaya terus jadi kaya, yang miskin terus jadi miskin. Kami tidak tahu mahu meneruskan perjalanan hidup kami apabila di Negara sendiri. Oleh demikian itu, kami rela melarikan diri menjadi pendatang tanpa izin di Malaysia kerana walaupun hanya hidup di bawah jambatan ini namun kami selesa tidak ada penindasan daripada orang-orang yang kaya tidak berperikemanusiaan. Negara yang selamat daripada peperangan dan pengangguran yang berterusan.
Kami tidak henti-henti mengucapkan syukur kepada Illahi kerana dikurniakan tempat yang selamat diduduki oleh hambanya. Namun begitu, simpati kami kepada keluarga tersebut bukan bermakna ingin menyimpan dan memperbanyakkan kedatangan pendatang tanpa izin ini datang ke Malaysia . Tetapi sebagai umat islam, wajarkah kita membiarkan saudara muslim kita yang lain dibelenggu dengan kejahilan dan penindasan daripada pihak lain?? Seharusnya kita sentiasa tolong-menolong dengan cara yang lebik efektif kepada mereka ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan